Pages

Tuesday, November 1, 2011

Bicara manusia, malaikat & syaitan..

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz


Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Sunday, October 30, 2011

Kelebihan Solat Subuh





Kelebihan Solat Subuh


“Untuk membezakan seorang mukmin yang sejati dengan orang munafik adalah dengan solat subuh dan solat isya’, baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengeathui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan dating kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak…(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Solat subuh mempunyai banyak misteri dan kelebihan yang tersendiri, antaranya pahala solat subuh berjamaah sama dengan pahala solat sunnah semalaman.. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dari Usthman bin Affan ra:
“Barangsiapa yang solat Isya’ berjamaah maka seakan-akan dia telah solat sunnah setengah malam. Dan barangsiapa solat berjamaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh” (HR Muslim)

Buat Renungan Teman-teman...

Kala senja itu tiba

Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini

Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan