Kelebihan Solat Subuh
“Untuk membezakan seorang mukmin yang sejati dengan orang munafik adalah dengan solat subuh dan solat isya’, baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengeathui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan dating kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak…” (HR Al-Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengeathui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan dating kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak…” (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Solat subuh mempunyai banyak misteri dan kelebihan yang tersendiri, antaranya pahala solat subuh berjamaah sama dengan pahala solat sunnah semalaman.. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dari Usthman bin Affan ra:
“Barangsiapa yang solat Isya’ berjamaah maka seakan-akan dia telah solat sunnah setengah malam. Dan barangsiapa solat berjamaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh” (HR Muslim)
" عن جندب بن عبد الله يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "من صلى الصبح فهو في ذمة الله"
Daripada Jundab Bin Abdillah berkata, Rasulullah saw telah bersabda: “Barangsiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah”
(Riwayat Imam Muslim Dalam Kitab Sahihnya)
Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim meletakkan hadis ini dalam bab ‘kelebihan solat subuh dan isyak secara berjemaah. Beliau menulis dalam Syarah Sahih Muslim mengatakan jaminan di sini adalah berupa keamanan dan keselamatan
" عن بريدة، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "بشر المشائين في الظلم الى المساجد بالنور التام يوم القيامة "
Daripada Buraidah, telah bersabda Rasulullah saw: “Khabarkan berita gembira kepada pejalan kaki dalam gelap gelita ke masjid dengan cahaya yang sempurna di hari kiamat”
(Hadis Sahih-Riwayat Abi Daud Dalam Kitab Sunannya)
Dalam Syarah Sunan Abi Daud oleh Al-‘Azim Abaadi, yang dimaksudkan dengan cahaya ini adalah cahaya dimuka orang mukmin di hari kiamat, bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Hadid, ayat 12:
" نورهم يسعى بين أيديهم وبأيمانهم يقولون ربنا أتمم لنا نورنا "
“Cahaya mereka memancar di hadapan dan di kanan mereka, sambil mereka berkata: Ya Tuhan kami, sempurnakanlah cahaya kami untuk kami”
No comments:
Post a Comment