Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz
Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.
Tuesday, November 1, 2011
Sunday, October 30, 2011
Kelebihan Solat Subuh
Kelebihan Solat Subuh
“Untuk membezakan seorang mukmin yang sejati dengan orang munafik adalah dengan solat subuh dan solat isya’, baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengeathui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan dating kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak…” (HR Al-Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengeathui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan dating kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak…” (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Solat subuh mempunyai banyak misteri dan kelebihan yang tersendiri, antaranya pahala solat subuh berjamaah sama dengan pahala solat sunnah semalaman.. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dari Usthman bin Affan ra:
“Barangsiapa yang solat Isya’ berjamaah maka seakan-akan dia telah solat sunnah setengah malam. Dan barangsiapa solat berjamaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh” (HR Muslim)
Buat Renungan Teman-teman...
Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Subscribe to:
Posts (Atom)